AKTIVITI P&P


Aktiviti Pengajaran 1 (A) :
Tajuk : Isipadu Cecair
Kemahiran : Menyukat dan membandingkan isipadu cecair dengan unit tidak piawai.
Objektif Pembelajaran :
  1. Murid-murid dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai
  2. Murid-murid dapat membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak atau sedikit dan lebih atau kurang.
Kumpulan Sasaran : Murid lemah
Alat Bantu Mengajar (ABM) :
 1. Botol air berkarbonat yang dilabelkan A
 2. Balang bekas kuih raya yang dilabelkan B
       3. Corong plastik
       4. Dua balang bekas kuih raya yang digunakan sebagai alat penyukat

Gambar di bawah menunjukkan isipadu air yang telah disukat dahulu oleh guru dengan menggunakan unit yang tidak piawai. (Aktiviti 1 (A) dan 1 (B) )


 Rakaman visual di bawah menerangkan tentang aktiviti 1(A)  yang dijalankan.

Melalui tayangan visual ini, seorang murid diberikan dua bekas yang berbeza saiznya yang dilabelkan A dan B dan telah diisikan  dengan  air berwarna. Sebelum aktiviti dilakukan oleh murid, guru terlebih dahulu telah menyukat isipadu cecair tersebut pada isipadu  yang sama tanpa pengetahuan murid tersebut. Kemudian  guru mula menyoal murid tentang perbandingan kandungan air dari kedua-dua bekas tersebut. Murid menjawab bekas A mengandungi lebih banyak air kerana bekasnya adalah lebih tinggi. Guru meminta murid menuangkan air di dalam bekas A dan B ke dalam bekas penyukat. Guru meminta murid menjawab paras air yang telah disukat. Murid menyatakan kedua-duanya adalah sama paras tinggi airnya. Ini menunjukkan isipadu cecair di dalam kedua-dua bekas adalah sama. Jadi saiz bekas yang tinggi tidak semestinya mempunyai  isipadu cecair yang lebih banyak. Guru perlu membantu murid ke arah mencapai objektif pembelajaran iaitu membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.

Aktiviti  Pengajaran 1 (B) :
Tajuk : Isipadu Cecair
Kemahiran : Menyukat dan membandingkan isipadu cecair dengan unit tidak piawai.
Objektif Pembelajaran :
  1. Murid-murid dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai
  2. Murid-murid dapat membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak atau sedikit dan lebih atau kurang.
  3. Mencatat isi padu cecair yang disukat dengan menggunakan unit yang tidak piawai.
Kumpulan Sasaran : Murid Cemerlang
Alat Bantu Mengajar (ABM) :
 1. Botol air berkarbonat yang dilabelkan A
 2. Balang bekas kuih raya yang dilabelkan B
 3. Bekas plastik berbentuk bulat yang dilabelkan C.
 4. Bekas plastik berbentuk segiempat yang dilabelkan D.
       5. Corong plastik
       6. Dua balang bekas kuih raya yang digunakan sebagai alat penyukat
       7. Borang merekod isi padu cecair.
Gambar menunjukkan jumlah air yang dimasukkan ke dalam keempat-empat bekas.
Rakaman visual di bawah menerangkan tentang aktiviti 1(B)  yang dijalankan.


            Melalui tayangan visual ini, seorang murid diberikan empat bekas yang berbeza saiznya yang dilabelkan A, B, C dan D yang telah diisikan  dengan  air berwarna. Sebelum aktiviti dilakukan oleh murid, guru terlebih dahulu telah menyukat isipadu cecair tersebut pada isipadu  yang sama tanpa pengetahuan murid tersebut. Kemudian  guru mula menyoal murid tentang perbandingan kandungan air dari kempat-empat  bekas tersebut. Murid menjawab semua bekas berkemungkinan  mengandungi  isipadu air yang sama banyak.kerana bekas yang berberbeza saiz.. Untuk memastikan jawapan tersebut, guru meminta murid menuangkan air di dalam bekas A, B , C dan D ke dalam bekas penyukat dan merekod di dalam borang yang disediakan. Guru meminta murid menjawab paras air yang telah disukat. Murid menyatakan kesemua air  adalah sama paras tinggi airnya. Ini menunjukkan isipadu cecair di dalam keempat-empat  bekas adalah sama. Jadi saiz bekas  mempengaruhi isipadu cecair. Guru perlu membantu murid ke arah mencapai objektif pembelajaran iaitu membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.


Aktiviti Pengajaran 2 (A) :
Tajuk : Isipadu Cecair
Kemahiran : Menyukat dan membandingkan isipadu cecair dengan unit tidak piawai.
Objektif Pembelajaran :
  1. Murid-murid dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai
  2. Murid-murid dapat membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak atau sedikit dan lebih atau kurang.
Kumpulan Sasaran : Murid lemah
Alat Bantu Mengajar (ABM) :
 1. Botol air berkarbonat yang dilabelkan A
 2. Balang bekas kuih raya yang dilabelkan B
       3. Corong plastik
       4. Dua balang bekas kuih raya yang digunakan sebagai alat penyukat

Guru memasukkan air ke dalam dua buah bekas yang dilabelkan pada paras ketinggian yang sama.

 Rakaman visual di bawah menerangkan tentang aktiviti 2(A)  yang dijalankan.


            Melalui tayangan visual ini, seorang murid diberikan dua bekas yang berbeza saiznya yang dilabelkan A dan B dan telah diisikan  dengan  air berwarna pada paras ketinggian yang sama.. Kemudian  guru mula menyoal murid tentang perbandingan kandungan air dari kedua-dua bekas tersebut. Murid menjawab bekas A dan bekas B mengandungi isipadu air yang sama kerana paras ketinggian yang sama. Guru meminta murid menuangkan air di dalam bekas A dan B ke dalam bekas penyukat. Guru meminta murid menjawab paras air yang telah disukat. Murid menyatakan bahawa bekas A mempunyai isipadu cecair yang lebih banyak. Guru membuat rumusan bahawa bekas yang lebih besar mempunyai jumlah isipadu cecair  yang lebih banyak pada paras ketinggian yang sama..  Guru perlu membantu murid ke arah mencapai objektif pembelajaran iaitu membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.


Aktiviti Pengajaran 2 (B) :
Tajuk : Isipadu Cecair
Kemahiran : Menyukat dan membandingkan isipadu cecair dengan unit tidak piawai.
Objektif Pembelajaran :
  1. Murid-murid dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai
  2. Murid-murid dapat membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak atau sedikit dan lebih atau kurang.
Kumpulan Sasaran : Murid Cemerlang
Alat Bantu Mengajar (ABM) :
 1. Botol air berkarbonat yang dilabelkan A
 2. Balang bekas kuih raya yang dilabelkan B
 3. Bekas plastik berbentuk bulat yang dilabelkan C.
 4. Bekas plastik berbentuk segiempat yang dilabelkan D.
       5. Corong plastik
       6. Empat gelas kaca yang sama digunakan sebagai alat penyukat

Gambar menunjukkan jumlah air yang diisi oleh guru pada ketinggian yang sama dalam keempat-empat bekas.

Rakaman visual di bawah menerangkan tentang aktiviti 1(B)  yang dijalankan.



            Melalui tayangan visual ini, seorang murid diberikan empat bekas yang berbeza saiznya yang dilabelkan A, B, C dan D yang telah diisikan  dengan  air berwarna pada paras ketinggian air yang sama. Kemudian  guru mula menyoal murid bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang lebih banyak. Murid membuat anggaran jawapannya ialah bekas D kerana bekasnya lebih besar.. Untuk memastikan jawapan tersebut, guru meminta murid menuangkan air di dalam bekas A, B , C dan D ke dalam bekas penyukat. Guru meminta murid menjawab paras air yang telah disukat. Murid menyatakan bahawa jawapan yang diberi adalah betul iaitu bekas D.. Ini menunjukkan isipadu cecair di dalam bekas yang paling besar mempunyai  isipadu cecair yang lebih banyak. Guru perlu membantu murid ke arah mencapai objektif pembelajaran iaitu membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.

Hasil daripada aktiviti 2 (B).