Tayangan video dari internet, visual dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan alat bantu mengajar yang dipilih sendiri oleh guru ini ,diharapkan dapat membantu guru-guru dalam mengajar murid-murid untuk memahami konsep kapasiti isipadu cecair. Guru harus mempelbagaikan alat bantu mengajar, aktiviti pembelajaran, kaedah dan cara penyampaian yang menarik supaya murid-murid mudah memahami konsep yang hendak diajar dan dapat meningkatkan kefahaman murid tentang apa yang dipelajari. Oleh itu,,objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai dengan berkesan.
Pelbagai kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik yang digunakan oleh guru akan dapat membantu murid-murid untuk memahami konsep yang dipelajari kerana pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian. Aktiviti pembelajaran juga harus berpusatkan kepada murid,di mana guru harus memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif . Ini dapat memberikan motivasi dan keyakinan diri yang tinggi pada diri murid di samping dapat mengukuhkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari. Pengajaran matematik yang berkesan juga akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokkan.
Setiap guru matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan,kebolehan dan tahap pencapaian para pelajar. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar dan gaya pembelajaran mestilah dikuasai sepenuhnya oleh guru matematik.
Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics Year 2 Activity Book Part 2.Selangor Darul Ehsan:Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.
Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics Year 2 Textbook Part 2.Selangor Darul Ehsan:Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.
Lena Lai.(2010).Zoom In Topical Drill Mathematics Year 2 Bilingual.Petaling Jaya:Penerbit Mega Setia Emas Sdn.Bhd.
Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat.(2010).HBMT2103 Teaching Mathematics in Year Two. Selangor Darul Ehsan:Open University Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003).Integrated
Curriculum For Primary School Mathematics Year Two.
Laman Web:
http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag
Laman Web:
http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag